Tun Dr. Mahathir Mohamad IJN surgery procedure
Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

IJN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Dr Mahathir keluar kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Langkawi menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar seperti dirancang.

“Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan mengambil berat sepanjang beliau dirawat di IJN,” kata kenyataan yang sama.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.- MalaysiaGazette