Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan, atau Rnaught (Rt), penularan Covid-19 kekal pada paras 0.91 semalam berbanding 0.90 kelmarin.

Manakala, kadar RT di negeri berada di bawah bawah paras 1.00 pada hari ini.

Terengganu mencatatkan Rt 0.99 diikuti Johor (0.96), Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Putrajaya (masing-masing dengan bacaan 0.94), Selangor (0.90).

Lapan negeri merekodkan paras Rt di bawah 0.90 hari ini iaitu Negeri Sembilan (0.89), Pahang, Kelantan, Perlis (masing-masing 0.88) dan Kedah (0.87).

Melaka dan Labuan masing merekodkan Rt 0.85 dan Sabah melaporkan kadar kebolehjangkitan 0.82.

Sarawak merekodkan kadar Rt terendah iaitu 0.74 berbanding 0.76 semalam. – MalaysiaGazette