SHAH ALAM – Sebanyak 334 Pusat Penempatan Sementara (PPS) mangsa bencana banjir masih beroperasi di tujuh buah negeri sejak 18 Disember lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penempatan mangsa banjir itu melibatkan Kelantan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor.
Pahang paling ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS iaitu seramai 29,108 orang diikuti Selangor (23,302); Kelantan (974); Kuala Lumpur (238); Perak (107) dan Melaka (38).
Dalam satu lagi perkembangan lain membabitkan banjir, Acryl Sani meminta rakyat bersiap sedia dan peka dengan situasi paras sungai.
Di negeri Pahang, katanya , terdapat sembilan lokasi sungai yang mana dua daripadanya paras air dalam tahap waspada.
“Manakala empat lagi sungai berada pada tahap amaran dan tiga sungai pada tahap kategori bahaya.
“Di Selangor, ada tiga sungai iaitu dua merupakan paras air tahap berwaspada dan satu sungai pada tahap amaran, Terengganu satu sungai berwaspada, Sarawak tiga sungai tahap paras waspada, Johor tiga berwaspada an Kuala Lumpur satu sungai pada tahap berwaspada.
“Justeru kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan dilanda banjir dilaksanakan secara agresif dan efisien membabitkan majlis perbandaran dan disertai sukarelawan serta PDRM dan pelbagai pihak organisasi dan pertubuhan berkecuali yang turun terlibat membersihkan perumahan mangsa banjir,” tegasnya. – MalaysiaGazette