Harith Iskander.

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara Harith Iskander memberi penjelasan serta minta maaf berkenaan isu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, dia mengaku mungkin ciapannya di Twitter sebelum ini kurang jelas.

“Jika ada yang tersinggung, saya minta maaf sebab itu bukan niat saya.

“Saya seorang anak tentera dan dibesarkan di kem tentera, dengan itu cuba fikir apa niat saya nak kutuk ATM?” tulisnya.

Harith, 55,, dia hanya memikirkan tentang kenderaan ATM yang tentunya dapat memudahkan pelaksanaan operasi menyelamat.

“Ketika kejadian banjir itu, kami mengambil masa lebih satu jam untuk bergerak sejauh satu kilometer kerana tersangkut akibat sampah.

Dalam pada itu, Harrith menegaskan bahawa dia tidak pernah mempersoalkan penglibatan ATM.

“Saya dah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi memberi sumbangan dan saya monghormati anggota ATM setinggi-tingginya,” ujarnya.

Sebelum ini, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast