Paras air Sungai Lui pada awal pagi dalam paras yang tidak merbahaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 27 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Aras air di Sungai Langat kini dalam paras bahaya dan ia menunjukkan trend menaik.

Berikutan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan agar penduduk sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Aras air Sg. Langat di Taman West Country, daerah Hulu Langat telah berada pada aras bahaya dengan tren menaik,” katanya menerusi kenyataan, petang ini.

Pada minggu lalu, daerah Hulu Langat terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda kawasan itu. – MalaysiaGazette