Longokkan barang yang rosak selepas akibat dilanda banjir ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Sri Muda Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 27 DISEMBER 2021.

Apakah jenis penyakit berjangkit yang mudah merebak sewaktu dan selepas
banjir?

Di Malaysia apabila berlaku malapetaka seperti banjir risiko untuk mendapat
penyakit berjangkit memang lagi tinggi daripada kalau tidak berlaku banjir.

Kalau kita bermain air, kalau kita dedahkan diri kepada air banjir, kita akan terdedah kepada beberapa penyakit tertentu seperti penyakit seperti:

1. Kencing Tikus atau Leptospirosis, diakibatkan oleh air kencing tikus.
2. Melioidosis diakibatkan oleh kuman bawah tanah. Apabila berlaku banjir,
tanah akan tercemar dan mengeluarkan kuman Meliodosis yang boleh
menjangkiti kita sekiranya terminum air tersebut.
3. Demam Kepialu atau Typhoid Fever yang disebabkan oleh pembuangan najis
yang tidak terurus.

Apakah gejala yang ditunjukkan oleh individu yang dijangkiti penyakit akibat
banjir?

Gejala-gejala atau tanda-tanda yang akan dialami sekiranya terdedah kepada
kuman-kuman tertentu bawaan banjir:

1. Demam-lazimnya berlaku 2-3 hari selepas terdedah kepada air banjir.
2. Cirit-birit contohnya jika terdedah kepada demam kepialu bakteria kepialu.
3. Menggigil dan sukar bernafas, sekiranya terdedah kepada kuman
Leptospirosis atau Melioidosis
4. Sakit perut
5. Muntah

Langkah-langkah pencegahan:

1. Jangan dedahkan diri kepada banjir. Sekiranya kawasan anda menerima
amaran banjir, lakukan persediaan yang secukupnya.
2. Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan dari banjir, pastikan anda
membersihkan diri selepas berlaku banjir.
3. Jika anda mempunyai luka yang terdedah, pastikan luka itu ditampal atau
ditutup terlebih dahulu.
4. Sebagai peringatan, sebelum berlaku banjir sebaik-baiknya pastikan
persekitaran rumah itu bersih. Ini dapat menngurangkan risiko untuk
mendapat penyakit disebabkan banjir.
5. Elakkan diri kita dan anak-anak daripada bermain air banjir kerana mereka
akan mudah dapat penyakit daripada banjir ini.

Dr Muhamad Yazli Yuhana
Pakar Penyakit Berjangkit
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital