Facebook Andi Sudirman.

KUALA LUMPUR – Menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala AFF 2020 di antara pasukan Indonesia bertemu dengan Thailand, habuan hadiah mula ditawarkan sekiranya para pemain berjaya untuk membawa trofi itu ke negara masing-masing.

Tidak ketinggalan, Wakil Gabenor Sulawesi Selatan, Andi Sudirman Sulaiman secara terbuka memberitahu akan menghadiahkan sebuah rumah kepada dua orang pemain skuad kebangsaan Indonesia iaitu Asnawi Mangkualam dan Irfan Jaya yang berasal dari wilayah itu.

Pengumuman tawaran hadiah itu dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi Andi Sudirman.

“Mari doakan Timnas Indonesia menjadi Juara AFF 2020. Kami menyiapkan hadiah 1 unit rumah untuk dua pemain asal Sulsel jika berhasil menjadi juara,” tulisnta.

Tawaran hadiah itu kini menjadi pendorong untuk pemain-pemain utama skuad Shin Tae-yong mempamerkan aksi terbaik seterusnya mencatatkan keputusan sebagai juara kerana pasukan Indonesia belum pernah mendakap trofi kejohanan ini sejak ia diperkenalkan pada 1996.

Dalam sejarah kejohanan sejak edisi Piala Tiger 1996, hanya empat negara pernah mendakap trofi kejuaraan ini iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan Malaysia.

Indonesia menempah pertemuan final bertemu Thailand pada 29 Disember dan 1 Januari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast