Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Polis tidak menolak kemungkinan Long Tiger mempunyai orang suruhan bagi membantunya melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menahan dua suspek semalam yang disyaki membantu banduan warganegara Rohingya terbabit.

“Itu yang kita tangkap, lagi dua orang itu dan kita sedang jalankan siasatan susulan memang ada suspek yang terlibat bantu dia, ada yang bantu belikan sim kad, potong gari dia dan ada yang bantu bawa dia pergi dari Tangkak kemudian ke Batu Pahat kemudian ke utara, memang ada orangnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini ekoran tangkapan semula Long Tiger setelah dia meloloskan diri dari lokap Mahkamah Tangkak di sini baru-baru ini.

Ketika ditanya kemungkinan mereka yang bersubahat dengan Long Tiger itu menerima wang daripada suspek, jelas Ayob perkara itu masih dalam siasatan.

“Nanti kita akan dapat gambaran yang jelas selepas siasatan lengkap, kita baru tangkap dua lagi semalam mungkin ada lagi tangkapan yang dibuat.

“Lepas siasatan lengkap kita akan dapat gambaran jelas sama ada mereka ini dibayar atau tidak, mereka ini bersengkongkol, mereka ini sengaja lepaskan Long Tiger siapa yang biayai pembolosan ini, insya-Allah kita akan dapat dan ambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, sepasang suami isteri telah direman bagi membantu siasatan kerana didapati cuba melindungi atau menyembunyikan Long Tiger ketika beliau berjaya meloloskan diri 16 Disember lalu di Mahkamah Tangkak.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Long Tiger rancang mahu lari ke negara jiran – Ayob

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast