Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Tiada kes jangkitan Covid-19 melibatkan mangsa-mangsa banjir di 88 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif Covid-19 melibatkan mangsa-mangsa banjir di PPS masih kekal sebanyak 434 kes.

“Tiada kes Covid-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.

“Tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di PPS,” katanya dalam kenyataan harian mengenai perkembangan Covid-19.

Bagaimanapun, 110 kes penyakit berjangkit lain dikesan dengan 81 kes adalah jangkitan saluran pernafasan akut, 16 kes penyakit kulit dan 13 kes Acute Gastroenteritis (AGE).

Dalam pada itu, kes positif Covid-19 didapati meningkat lebih 700 kes hari ini berbanding semalam pada 2,897 kes.

“Kes positif hari ini 3,683 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,750,516 kes. Kes import 239 kes (219 warganegara; 20 bukan warganegara); kes tempatan 3,444 kes (3,325 warganegara (96.5%); 119 bukan warganegara),” kata Noor Hisham.

Daripada 3,683 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 56 kes adalah kategori 3, 4, dan 5, dan 3,627 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kes sembuh pada jumlah 4,322 kes, ujarnya

Menurut Noor Hisham, sejumlah 288 kes positif hari ini memerlukan rawatan di unit Rawaran Rapi (ICU) manakala 162 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette