Muhammad Huzaimi menerima bendera Kor Kesihatan Diraja pada majlis penutupan hospital medan di Hopsital Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia membina semula hospital medan sekiranya perlu susulan terdapat kes jangkitan baharu Covid-19 berkaitan virus Varian Omicron.

Bagaimanapun Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata, setakat ini, pihaknya belum terima sebarang arahan berhubung perkara itu.

“Berdasarkan pengalaman yang telah kami lalui sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk kita melaksanakan kembali operasi hospital medan kita bersedia untuk melakukannya.

Muhammad Huzaimi.

“Setakat ini, belum ada lagi arahan tapi kita sentiasa bersedia sepenuh masa untuk atur gerak jika diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas majlis Penutupan Hospital-hospital Medan ATM Pulau Pinang di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah HPP, Datuk Dr. Teo Gim Sian.

Simbolik penutupan hospital medan berkenaan dilakukan dengan tiupan trompet dan penyerahan bendera Kor Kesihatan Diraja kepada Muhammad Huzaimi.

Selain itu, Muhammad Huzaimi turut merakamkan mengucapkan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu dalam pengoperasian hospital medan.

Seramai 499 pesakit dirawat di Hospital Medan HPP sepanjang 97 hari beroperasi.

Hospital Medan di HPP dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Medan ATM Kepala Batas antara hospital Medan terakhir yang ditutup susulan penurunan kes Covid-19.

Untuk rekod, seramai 499 pesakit dirawat di Hospital Medan HPP sepanjang 97 hari beroperasi manakala 421 pesakit Covid dirawat di ICU Hospital Medan Kepala Batas sejak beroperasi pada 28 Mei lepas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast