Bonda Rozita Ibrahim Aliff Syukri Covid-19

KUALA LUMPUR – Baharu saja viral video Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dijangkiti Covid-19 tahap tiga selepas pulang bercuti dari Turki, ibunya pula tampil mendakwa perkara sebaliknya.

Ibunya yang dikenali sebagai Bonda Rozita atau Rozita Ibrahim berkata, video yang dimuat naik oleh anaknya itu bukanlah situasi terbaharu Aliff.

Sebaliknya kata beliau, anaknya kini sihat walafiat.

Bagaimanapun Bonda Rozita tidak pula mengesahkan anaknya benar-benar pernah dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya.

“Kau memang raja viral kan @aliffsyukriterlajaklaris ..!! Rasa sini Mak hamput ko kri. Mak kasi hints isshhh. Masa posting tangan tu. Memang dileksia tak paham bahasa.Mak geram dengan ko Kri,” tulisnya di Instagram.

Menurut Rozita, beliau sudah beberapa kali menegur anaknya itu untuk tidak menggunakan kontroversi yang keterlaluan namun Aliff Syukri tidak mengendahkannya.

“Mak sound (tegur) Ida, Kri Mak Call, DM tak jawab, semalam mak dah tegur, pempahamlah (fahamlah). Ni mak tegur terus, biar kau rasa. Nak sangat kan viral. Meh mak kecam kau pulak,”tambahnya.

Menerusi jawapan Rozita kepada netizen di ruangan komen, usahawan berkenaan marah terhadap strategi pemasaran yang digunakan oleh anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik Aliff sendiri, beliau mendakwa kini dirawat di sebuah hospital dan berkata doktor mengesahkannya terkena jangkitan virus itu tahap tiga yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan.

Sebagai rekod, Aliff dan keluarga serta ibunya baru-baru ini bercuti ke Turki pada 15 Disember lalu dan pulang ke Malaysia, baru-baru ini.

Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid dan anak-anak mereka sedang menjalani kuarantin di rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast