Wednesday, May 25, 2022
Home Seni Hidup Pereka fesyen dan pemilik Cosry meninggal dunia

Pereka fesyen dan pemilik Cosry meninggal dunia

Putra Aziz.
KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Putra Aziz, 45 dilaporkan meninggal dunia malam tadi.
Berita pemergian Allahyarham yang juga pengasas bersama Cosry diumumkanĀ  di laman Facebook rasmi butik itu.
Difahamkan, kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu.
Allahyarham mula menceburi bidang fesyen sejak tahun 2004.
Jenama Cosry bermula secara kecil-kecilan ketika Allahyarham dan rakan perniagaannya, Ariff Quasry Md Nor mula menawarkan perkhidmatan menjahit dari rumah ke rumah untuk teman-teman rapat mereka.
Rekaan fesyen Allahyarham mula mendapat tempat di hati ramai penggemar fesyen.
Perniagaan mereka berkembang dan Allahyarham serta Ariff berpindah dari premis di Shah Alam, Selangor ke Bangsar, Kuala Lumpur.
Allahyarham pernah bekerjasama dengan selebriti tempatan termasuk Datuk Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Lisa Surihani dan Erra Fazira, serta ramai lagi.
Pada Oktober 2010, jenama Cosry diberi tanggungjawab mengemudi majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Datin Dr Halina Mod Yunos.
Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan esok di Tanah Perkuburan Islam Segambut hari ini. – MalaysiaGazette
MalaysiaGazette