Datuk Seri Vida backing Rina Harun
Foto Instagram Vida.

KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida memohon netizen agar berhenti menyindir dan mengkritik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di media sosial.

Menerusi hantaran yang disertakan bersama sekeping gambar di Instagram, Vida yang juga penyanyi lagu I Am Me itu meminta tindakan pengguna media sosial yang tidak menghormati seorang pemimpin itu dihentikan segera.

“Tak baik (selalu) kutuk yang berhormat. Tolong jangan sindir,” tulisnya.

Namun rata-rata warganet menyifatkan Vida seorang yang gemar mencelah lebih-lebih lagi apabila timbul isu yang tular di media sosial.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mendakwa usahawan berkenaan hanya ingin mencari publisiti bagi isu yang tular

“Duduk menumpang publisiti orang sahaja Mak Cik ini. Dekat mana-mana ada isu, dia selit sekali nak menumpang publisiti,” komen seorang netizen.

Baru-baru ini, Rina dikecam hebat gara-gara videonya mencuci koridor dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular dalam media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast