Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melanjutkan urusan permohonan pas khas warga asing bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tinggal lebih masa mulai 1 Februari 2020.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, bagi pemegang PLS, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022.

Manakala, bagi pemegang PLS Jangka Panjang, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022, katanya.

“Urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS jangka panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen Negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, urusan pembaharuan PLS jangka panjang pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara atas talian melalui sistem ePLSI.

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati dengan melayari laman web JIM di pautan www.imi.gov.my. – MalaysiaGazette