KUALA LUMPUR – Tiada pembayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun-pekebun kecil pada bulan Disember lalu.
Lembaga Getah Malaysia berkata, ini kerana pada bulan tersebut harga harga purata peringkat ladang bagi cuplump di Semenanjung adalah RM 2.90 sekilogram manakala di Sabah dan Sarawak masing-masing RM2.60 sekilogram dan RM 2.65 sekilogram.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang cuplump berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.
Manakala untuk IPG lateks, ia akan teraktif apabila IPG cuplump teraktif.
Kadar IPG lateks adalah tetap pada kadar RM0.90 sekilogram lateks 100% Kandungan Getah Kering (KGK). – MalaysiaGazette