Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 135 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini dan menjadikan kesemua kes mencecah 2, 212  setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes hari ini, 102 daripadanya mengidap Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI).

Selain itu, 28 daripadanya mengidap penyakit kulit manakala lima pula mengidap Acute Gastroenteritis.

Selain itu, Dr. Noor Hisham berkata, seramai 15 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hari ini.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah 465 kes termasuk empat kes baharu hari ini,” menurutnya menerusi kenyataan hari ini.

Untuk rekod, tujuh buah negeri yang terjejas akibat banjir setakat ini iaitu Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, dan Sabah.- MalaysiaGazette