The government will be managing and bearing the costs of the mandatory quarantine of the pilgrims who returned to Malaysia after performing their umrah. quarantine stations centres
Kerajaan akan menguruskan kuarantin jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan kosnya akan ditanggung.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menguruskan kuarantin jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah dan kosnya akan ditanggung.

Jemaah tersebut adalah person unders surveilance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latif Ahmad berkata, mereka akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan khas ke PPS SK Sungai Serai di Hulu Langat, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL.

“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang.

“Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelaksanaan itu dibuat selepas memahami kerisauan jemaah mengenai kos tambahan dan mungkin tidak selesa apabila dikuarantin nanti.

“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta yang boleh merujuk hotel yang disenaraikan Agensi Bencana Negera (NADMA) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, semua jemaah perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing selepas pulang daripada umrah.

Namun, menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin, ketidakpatuhan SOP jemaah umrah menjalani kuarantin di rumah antara yang menyumbang kepada penularan virus itu dalam kalangan ahli keluarga.

Ini berlaku apabila ada berlaku ziarah antara saudara mara, kenalan ke kediaman jemaah yang mendedahkan kepada jangkitan Covid-19.

Berikut senarai pusat kuarantin untuk jemaah:
• QS Institut Latihan Awam (QS ILA):
AKEPT Nilai
IAB Nilai
ILIM Bangi
ISEF Bangi
ILKAP Bangi
Pulapol KL

• QS Hotel
NEGERI SEMBILAN
1. Klana Resort, Seremban

KUALA LUMPUR
1. Hotel Royal
2. Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
3. Hotel IBIS, KLCC
4. Hotel Furama, Bukit Bintang
5. Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
6. IBIS Style KL Fraser Business Park
7. Hotel AnCasa
8. Hotel Cosmo
9. Hotel KIP
10. Hotel Arena Star

SELANGOR
1. Hotel Sama-sama
2. Hotel Gorsett Grand, Subang
3. Hotel Crystall Crown, PJ
4. Hotel Sunway Clio
5. Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
6. Hotel Oriental Crystal
7. Hotel Summit, USJ
8. Hotel Pegasus, Shah Alam. -MalaysiaGazette