Malaysia Institute of Infectious Diseases Bandar Enstek (Picture for representational purposes only) A healthcare worker is preparing the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) for Adolescents at the Management and Science University (MSU) in Shah Alam. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 20 SEPTEMBER 2021. Infectious Diseases Institute Bandar Enstek anti-vaccine anti-vaxxers
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat laporan-laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) melibatkan Program Vaksinasi Banduan Penjara Kajang.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, semua laporan yang diklasifikasikan sebagai serius telah diperolehi pihaknya.

Mengulas lanjut beliau berkata, laporan siasatan akan dibentang untuk penilaian Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 (JFK).

“Pada masa yang sama, siasatan juga telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat lengkap dan seterusnya.

“Laporan siasatan akan dibentangkan untuk dinilai oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 bagi mengesahkan kausaliti atau hubungkait antara vaksin dengan kesan advers yang dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk surat daripada Penjara Kajang yang telah tular di media sosial mengenai 18 kes mengalami kesan AEFI serius dalam kalangan penerima vaksin Covid-19.

Roshayati memberi jaminan bahawa NPRA akan terus memantau keselamatan penggunaan semua vaksin dan akan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini. – MalaysiaGazette