Korea Utara menguji peluru jarak jauh pada bulan September tahun lalu. foto KCNA

TOKYO – Korea Utara didakwa melepaskan peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya pada hari Rabu, menuurt pihak berkuasa di wilayah itu.

Aktiviti itu dilihat selari dengan ikrar Tahun Baharu oleh pemimpin Pyongyang, Kim Jong Un untuk menguatkan tentera bagi menangani situasi antarabangsa yang tidak stabil.

Pengawal pantai Jepun yang pertama kali melaporkan pelancaran itu berkata, ia mungkin peluru berpandu balistik tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

“Amat dikesali, sejak tahun lalu, Korea Utara telah berulang kali melancarkan peluru berpandu,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida kepada pemberita.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata, Korea Utara melepaskan peluru yang tidak dikenal pasti di luar pantai timur namun tidak mengulas lanjut.

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengharamkan semua ujian peluru berpandu balistik oleh Korea Utara dan telah mengenakan sekatan ke atas program tersebut.

Dalam rumusan media kerajaan mengenai ucapan Kim menjelang Tahun Baru, pemimpin Korea Utara itu tidak menyebut secara khusus peluru berpandu atau senjata nuklear, tetapi berkata, pertahanan negara mesti diperkukuh. – Reuters

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast