Dr. Asmadi Abdul Rahman

KUANTAN – Ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir pada tahun lalu perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM500 menerusi program Agihan Prihatin Zakat (APZ).

Permohonan bantuan itu berakhir pada 15 Februari depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Asmadi Abdul Rahman berkata, sebanyak RM9 juta diperuntukkan untuk program tersebut.

Tambah Asmadi, bantuan tersebut akan diberikan selepas MUIP selesai menerima semua permohonan daripada seluruh mangsa banjir.

“Permohonan APZ mangsa banjir Pahang 2021 dibuat menggunakan borang yang disediakan MUIP dan pengesahan daripada penghulu atau ketua kampung diperlukan.

“Antara syarat permohonan ialah pemohon hendaklah beragama Islam, warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di Pahang,” ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Jelas beliau, Inisiatif agihan itu bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri ini yang terjejas selepas banyak harta benda rosak.

Maklumat lanjut, layari easnaf.muip.gov.my atau berhubung pegaiwai MUIP menerusi whatsApp 011-30163883. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast