Anggota polis trafik KL telah mengalihkan penghadang jalan yang di Jalan Kinabalu selepas dibuka semula 11.50 malam tadi untuk kegunaan awam selepas kerja membaiki dan memulihkan jalan itu selesai sepenuhnya.Ihsan JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Jalan Kinabalu menghala ke Cheras yang ditutup sejak dua hari lalu ekoran pemendapan tanah dan jalan berlubang dibuka semula.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kerja-kerja pembaikan dan pemulihan jalan yang terletak belakang Bangunan Rumah Persekutuan itu telah selesai.

“Kerja-kerja pembaikan dan pemulihan Jalan Kinabalu yang mendap dan berlubang telah selesai dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam lebih kurang 11.50 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Laluan Jalan Kinabalu telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna-pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi. – MalaysiaGazette