Khairy Jamaluddin Covid-19 vaccination status vaccine defamation suit Lokman Adam Ustaz Abu Syafiq
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menunjukkan MySejahtera yang telah lengkap dos penggalak pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 06 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, membuktikan beliau telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak.

Beliau menafikan dakwaan terhadapnya yang tular di laman media sosial dengan menunjukkan status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera di telefon bimbitnya, pada akhir sidang media yang diadakan hari ini.

Terdahulu menerusi Facebook, Khairy Jamaluddin berkata, beliau  telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin Sinovac pada 18 Mac 2021.

Malah katanya, beliau merupakan individu pertama di Malaysia menerima vaksin tersebut.

Jelas Khairy Jamaluddin, beliau mendapatkan suntikan dos kedua pada 8 April 2021 dan menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Malah menurutnya, pengambilan dos pertamanya turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen sebelum ini.

Tular tangkapan layar di Facebook, memaparkan temu janji vaksinasi Menteri Kesihatan itu sebagai sedang diproses sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.

Menafikan sekeras-kerasnya tangkapan layar berkenaan, Khairy Jamaluddin dalam masa sama meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast