Kanak-kanak warga asing disyaki etnik Rohingya yang sedang dikesan polis kerana mengemis di jalanan sekitar KL bagi membantu siasatan untuk tindakan lanjut polis.Ihsan IPKKL

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki disyaki dari etnik Rohingya selepas aksinya meminta sedekah ala-ala samseng tular baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dikesan untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, beberapa tindakan di bawah peruntukkan undang-undang boleh dikenakan terhadap kanak-kanak itu.

“Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Lumpur dan bertindak ke atas video tersebut, pihak polis telah menjalankan usaha untuk mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, di bawah seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan sesiapa yang menyebab atau membenarkan kanak-kanak jagaanya berada di premis atau jalanan untuk mengemis boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda mencecah RM20,000.

Mereka juga boleh didakwa mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan (bahaya atau galangan di jalan awam atau halian pelayaran awam) hendaklah didenda sehingga RM400.

Saiful Annuar menambah, Seksyen 27 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955 menyatakan sesiapa yang meminta sedekah di tempat awam dan mempunyai atau boleh mencari pekerjaan yang sah untuk hidup adalah dianggap pemalas boleh didenda tidak melebihi RM100 , penjara sebulan atau kedua-dua sekali.- MalaysiaGazette