PYONGYANG – Korea Utara mendakwa berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Peluru berpandu itu, yang dilancarkan oleh Akademi Sains Pertahanan pada hari Rabu, bergerak sejauh 120 kilometer (km) ke sisi sebelum ia tepat mengenai sasaran sejauh 700 km.
Pelancaran itu adalah bedilan ujian kedua peluru berpandu hipersonik yang disahkan oleh Korea Utara selepas negara itu melancarkan Hwasong-8 pada September tahun lalu.
Pengesahan itu dibuat selepas Jepun mendakwa Korea Utara didakwa melepaskan peluru berpandu balistik di luar pantai timurnya.
“Kejayaan berturut-turut dalam pelancaran ujian” dalam sektor peluru berpandu hipersonik “mempunyai kepentingan strategik kerana ia mempercepatkan tugas memodenkan angkatan bersenjata strategik negara,” tambahnya.
Kebolehpercayaan sistem bahan api ketika keadaan cuaca musim sejuk juga telah disahkan, kata laporan itu. – Xinhua