Sharudin Bin Hamid

KUANTAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang mengutip 30,000 tan sisa banjir dalam tempoh dua minggu di sembilan daerah di negeri ini.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, jumlah sampah banjir paling banyak dikumpulkan membabitkan tiga daerah iaitu di Bentong, Temerloh dan Kuantan.

“Barangan banyak dibuang ialah perabot, tilam dan peralatan elektrik yang musnah ditenggelami air.

“Buat sementata kita kumpul di lokasi trasit dan memindahkan sisa banjir yang dikumpul untuk dihantar ke pusat pelupusan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini, hari ini.

Katanya, tapak pengumpulan sementara di Batu 6 dan Pandan, Kuantan akan ditutup dalam masa terdekat dan aktiviti pengasingan akan dilakukan menggunakan lori kecil.

“Seminggu lagi semua sisa banjir di tapak pengumpulan sementara habis dipindahkan ke pusat pelupusan.

“Sebanyak 282 jentera terdiri daripada lori termasuk jengkaut dan menggunakan tenaga kerja seramai 816 pekerja yang terlibat,” ujarnya. – MalaysiaGazette