Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 hari ini menurun kepada 3,381 berbanding 3,543 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penurunan sebanyak 162 kes itu menyaksikan angka jangkitan melepasi angka 3,000 selama tiga hari berturut-turut.

Katanya, jumlah baharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 kepada 2,780,080 kes.

Selangor merekodkan kes paling tinggi sehingga jam 11.59 malam tadi iaitu 879 kes, diikuti Kelantan (385), Johor (299), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (271), Sabah (241), Pahang (226), Pulau Pinang (219), Kedah (216), Negeri Sembilan (172), Perak (161) dan Melaka (141).

“Terengganu pula merekodkan kes baharu 94 kes, Putrajaya (30), Sarawak (18), manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing 14 kes,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. – MalaysiaGazette