Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN – Seorang kerani mengalami kerugian RM6,701 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran pekerjaan tidak palsu di Temerloh dekat sini semalam.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berkenaan tertarik dengan kerja sampingan dengan cara menaikkan rating penjualan barang menerusi laman Shopee.

Mangsa juga dijanjikan mendapat komisen sebanyak 10 peratus daripada harga barang tersebut dalam setiap jualan.

“Mangsa berhubung dengan suspek melalui WhatsApp dan telah diberikan satu pautan kepada pengadu, kemudian pengadu menkan pautan tersebut dan masuk dalam laman Shopee.

“Pada pemindahan transaksi pertama, mangsa telah mendapat komisen seperti yang dijanjikan melalui penjualan Pen OPPO bernilai RM129 dengan mengikut panduan yang diberikan oleh suspek,” katanya menerusi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN :

Petani, penternak Melaka rugi RM2.8 juta akibat banjir

Wanita tipu jadi mangsa banjir untuk dapat bantuan

Kata Wazir, selepas itu, pengadu merupakan wanita berusia 35 tahun itu meneruskan kerja sampingan itu dan telah membuat lima kali transaksi ke dalam akaun yang sama.

Namun demikian setelah menyelesaikan tugasan, pengadu tidak lagi menerima wang serta komisien seperti mana yang telah dijanjikan.

“Apabila pengadu telah menyedari dirinya telah ditipu, pengadu hadir ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan. Hasil semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui sistem CCIS mendapati tiada rekod sebagai akaun dan nombor telefon yang bermasalah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette