Foto Astro Gempak.

KUALA LUMPUR – Usahawan popular, Datuk Seri Vida meluahkan rasa tidak puas hati dengan penyingkiran SA.YA dalam saingan suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi.

Menerusi luahan yang dibuat di akaun Instagram miliknya, DSV mendakwa terdapat sikap pilih bulu dalam keputusan yang dibuat.

“Saya rasa ada masalah GV minggu penting ni… towards ke separuh akhir… SA.YA performance ada X Factor malam ni (semalam)…

“Shidee pula nak disimpan… nak selamatkan… nampak sangat pilih bulu… bulu pahat tak keluar suara… tapi disimpan.. atas dasar apa? Legend? Kalau dah sah sah pancit? Nak selamatkan lagi?” tulisnya.

DSV juga mempersoalkan adakah penyingkiran SA.YA itu dibuat memandangkan kedua-duanya iaitu Saiful Apek dan Yassin merupakan seorang pelawak.

Malah, usahawan berkenaan juga menyatakan setiap minggu SA.YA telah berusaha untuk membaiki kelemahan mereka.

“Yang bagus disingkirkan… adalah sebab mereka pelawak… menjadi filler je dalam GV… Tiba-tiba lain jadi… mereka berusaha baiki kelemahan mereka.

“Akhirnya hasilkan great improvement setiap minggu… saya tahulah… mainan ni… Saya mantan sponser GV,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast