Gambar hiasan.

BAYAN LEPAS – Polis menahan lelaki yang merakam gambar seluar dalam seorang wanita di Pusat beli belah Queensbay, di sini, semalam.

Suspek berusia 20-an itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek ditahan ketika sedang merakamkan gambar seluar dalam wanita menerusi telefon bimbitnya.

“Semakan mendapati lelaki warga tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas dua telefon bimbit jenama Iphone masing-masing berwarna hitam dan putih, pengecas mudah alih (power bank), tunas telinga tanpa wayar (earbuds) dan beg.

“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Kamarul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – MalaysiaGazette