Foto Instagram Natasha Hudson.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Natasha Hudson yang dikenali dengan penampilannya yang bertudung malah pernah mengenakan niqab kini mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, pelakon itu kelihatan tidak berhijab lagi.

Menerusi hantarannya Natasha yang dipercayai sedang bercuti di Pulau Langkawi telah bertindak dengan menutup ruangan komen pada hantaran media sosialnya sehingga menimbuikan tanda tanya.

Sehingga kini, pelakon yang empat kali mendirikan rumah tangga itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan berhubung berkenaan.

Pelakon tersebut mengambil keputusan untuk bertudung pada tahun 2016. – MalaysiaGazette