Gan Siow Huang.-Foto FB.

SINGAPURA – Kadar pekerja wanita warganegara Singapura meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2010 kepada 57.7 peratus tahun 2020.

Ia menjadikan negara itui berada pada kedudukan yang baik berbanding negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), kata Menteri Negara Tenaga Manusia, Gan Siow Huang.

Penglibatan wanita dalam profesional seperti, pengurus, eksekutif dan juruteknik  telah meningkat dari 41.1 peratus kepada 45.6 peratus manakala sektor pekerjaan seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik meningkat dari 29.9 peratus kepada 32.4 peratus dari tahun 2015 hingga 2020.

“Kami sedang memerhati lebih ramai wanita menyertai sektor pertumbuhan seperti maklumat dan komunikasi, perkhidmatan kewangan, dan perkhidmatan kesihatan dan sosial di mana wanita turut menunjukan penglibatan mereka dalam banyak bidang,” katanya seperti laporan agensi berita.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast