Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan wang tunai bernilai RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikat Nine Nine International milik isteri kepada Datuk Addy Kana yang didakwa hasil aktiviti haram dilucuthak dan menjadi milik kerajaan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di Sabah membenarkan permohonan untuk menahan reman seorang lelaki yang dipercayai sebagai orang tengah penjualan sijil digital vaksin Covid-19.

Lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun itu mula ditahan reman semalam dan akan dilanjutkan enam hari lagi.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan lanjut dengan seandainya ada lagi rakan subahat lain dalam sindiket tersebut.

Suspek tidak diwakili peguam juga telah memohon mahkamah agar mengurangkan tempoh remannya memandangkan suspek perlu menjaga ibu bapa yang tidak sihat.

Malah dakwa suspek dirinya juga mempunyai seorang abang orang kelainan upaya (OKU).

Mengikut maklumat awal, lelaki berkenaan ditahan di Pejabat SPRM semalam kerana disyaki mengambil bayaran RM2,000 daripada orang awam untuk mendaftarkan sijil digital vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera tanpa perlu mengambil suntikan vaksin.

Ianya juga dipercayai telah mula dilakukan sejak Oktober tahun lepas.

Media dimaklumkan suspek telah ditahan SPRM bagi menyiasat kes berskala sindiket yang dipercayai membabitkan golongan anti vaksin.

Seramai enam individu telah dikesan tidak menerima vaksin namun berjaya memperoleh sijil digital vaksinasi pada masa ini. -MalaysiaGazette