Covid-19 death deaths
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini berjumlah 31,738 kes.

Daripada jumlah tersebut, enam kes merupakan kematian di luar hospital (BID).

Pahang mencatatkan kematian baharu tertinggi iaitu sebanyak empat kes manakala Johor, Kelantan dan Perak masing-masing mencatatkan dua kes.

Sementara itu, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur merekodkan satu kes kematian.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan Perlis, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, laman sesawang tersebut turut melaporkan jumlah kes yang masih lagi aktif sebanyak 39,896 kes dengan 3,465 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

COVIDNOW turut berkongsi angka individu yang menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 32,550 orang atau bersamaan 81.6 peratus manakala seramai 3,666 orang (9.2 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – MalaysiaGazette