Wan Rosdy Wan Ismail ketika mempengerusikan mesyuarat post mortem banjr.

KUANTAN – Kerajaan Pahang selesai meneliti dan membuat kajian terperinci berkaitan bencana banjir di 11 daerah di Pahang ketika fasa Monsun Timur Laut baru-baru ini.

Menteri Besar Pahang. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bekata, Kerajaan Pahang akan mengatur perancangan dan langkah lebih efisien bagi mengurangkan kesan jika berlaku kejadian bencana banjir pada masa akan datang.

Tambah Wan Rosdy, kerajaan negeri  juga sedang melihat beberapa keperluan penting untuk membangunkan kawasan terjejas bersama agensi kerajaan.

Post-mortem ini dibuat secara berasingan untuk saya lebih fokus membincangkan permasalahan di peringkat daerah tersebut,” katanya menerusi hantaran Facebook rasminya hari ini.

Beliau harap perancangan sewajarnya dapat dilaksanakan sebaik-baiknya agar memberi kesan yang berpanjangan kepada negeri ini. – MalaysiaGazette