Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,828 kes sembuh Covid-19 direkodkan manakala 3,074 kes positif jangkitan virus itu dilaporkan pada hari ini.

Berikutan itu jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada  2,732,771 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 3,074 kes positif yang dilaporkan pada hari ini, 319 kes adalah kes import yang membabitkan 216 warganegara manakala 103 lagi warga asing.

“Justeru sebanyak 2,755 kes adalah kes tempatan membabitkan 2,625 atau 95.3 peratus adalah warganegara manakala 130 lagi adalah bukan warganegara.

“Selain itu kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 193 kes (158 kes disahkan COVID-19; 35 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 90 kes (61 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada kes positif yang dilaporkan hari ini, sebanyak 30 kes atau 1.0 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,044 kes atau 99 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 6,205 kluster direkodkan setakat hari ini manakala 10 kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

“Sebanyak 6,029 kluster telah ditamatkan dan 176 kluster masih dikesan aktif,” katanya. – MalaysiaGazette