Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 12 kematian baru akibat Covid-19 semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 31,762 orang.

Kes kematian tertinggi dilaporkan di Selangor (4) diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dua kes.

Manakala Johor dan Kedah satu kes manakala tiada kes kematian di lain-lainn negeri.

Sebanyak 40,558 kes aktif dilaporkan dengan 204 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 95 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini kini mencecah angka 2,802,263. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast