Logo MPKj

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan mengenakan denda sebanyak RM1,500 terhadap individu sekiranya haiwan ternakan mereka ditangkap pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menerusi hantaran di Facebook MPKj memaklumkan, operasi bagi menangani masalah haiwan ternakan yang berkeliaran di sekitar kawasan pentadbiran PBT berkenaan telahpun dimulakan semalam.

“Awas penternak di kawasan pentadbiran MPKj, operasi tangkapan haiwan akan dilaksanakan.

“Ternakan yang berkeliaran akan ditangkap dan penternak akan dikenakan caj tangkapan RM1,500 seekor,” katanya di laman sosial itu.

MPKj turut memaklumkan operasi berkenaan akan dijalankan setiap hari bagi membendung masalah tersebut. – MalaysiaGazette