Pengoperasian semula Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, bagi penerima dos penggalak berjalan dengan lancar pada hari pertama.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, sambutan yang diterima oleh PPV itu juga amat menggalakkan daripada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan dos penggalak berdasarkan temu janji daripada aplikasi Mysejahtera yang diterima.