Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Hanya tujuh kuil Hindu diberi kebenaran mengadakan perarakan sempena sambutan Thaipusam esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, 26 buah kuil lain pula dibenarkan untuk menerima kehadiran pengunjung sempena perayaan tersebut.

“Kita akan bekerjasama dengan penganjur sambutan dan juga perarakan Hari Thaipusam bagi memastikan kesemua majlis berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ini penting kerana ancaman Covid-19 masih menular dalam kalangan masyarakat ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, kesemua Ketua Polis Daerah telah diberi arahan untuk memastikan setiap kuil yang terlibat akan mematuhi semua SOP ditetapkan kerajaan.-MalaysiaGazette