Azam Baki
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki melahirkan rasa syukur di atas keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati tiada kesalahan dilakukannya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau dimaklumkan oleh SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan.

Oleh itu, SC telah menutup fail inkuiri tersebut.

”Dengan itu, saya akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SC tidak dapat menentukan pelanggaran SICDA dalam kes Azam Baki