SC Securities Commission Azam Baki SICDA
Bangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak dapat memastikan secara muktamad jika berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku dalam akaun dagangan membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menjawab mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Azam, badan pengawalselia itu berkata, remit pengaturan SC tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

Siasatan ini untuk memastikan sama ada berlaku kemungkinan perlanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), yang memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“SC telah memuktamadkan siasatannya dan berdasarkan bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad wujud pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Artikel berkaitan: Gomez panel SPRM lepas jawatan kesal tiada siasatan terhadap Azam

LPPR puas hati penjelasan Azam Baki

Abu Zahar sedia disiasat ekoran isu saham Azam

Kes Azam Baki: Beri ruang siasatan sepenuhnya – Ismail Sabri

Warga SPRM lancar memorandum tegas pendirian sokong Azam Baki

Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha

Azam, didakwa terlibat dalam dagangan saham proksi, memberitahu sidang media  awal bulan ini bahawa akaun dagangan sahamnya telah digunakan oleh adiknya untuk membeli saham pada 2015.

Beliau turut menafikan terlibat dalam sebarang salah laku.

Sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh Azam, SC mengeluarkan kenyataan pada 6 Januari bahawa pihaknya akan berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dan pihak yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan, dan mengesahkan kenyataan yang dibuat, serta mengumpul sebarang bukti yang berkaitan. – MalaysiaGazette