MACC Malaysian Anti-Corruption Commission Azam Baki share ownership
Tan Sri Azam Baki. PIX: HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Satu memorandum sokongan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilancarkan seluruh kakitangan badan itu hari ini.

Warga SPRM dalam memorandum itu berkata tohmahan dan serangan yang dibuat terhadap Azam adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

“Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta,” antara isi kandungan memorandum itu.

Memorandum tersebut membariskan nama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali; dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Artikel berkaitan:

SPRM sebelum ini terpalit kontroversi apabila Azam dalam sidang media Rabu lalu berkata, beliau telah menjelaskan kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa adiknya telah menggunaka akaun saham beliauuntuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan pula menyebut akan mendapatkan penjelasan daripada Azam selain mengesahkan kenyataan yang dibuat serta mengumpulkan bukti berkaitan akaun dagangan saham miliknya yang digunakan oleh adiknya, Nasir, bagi pembelian saham pada 2015.

Artikel berkaitan:

Menurut kenyataan itu di bawah Seksyen 25 SICDA, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti yang dideposit atau atas penama yang diberi kuasa atau dibenarkan.

Azam turut menegaskan bahawa dalam isu saham ini, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Belum siasatan dah mengaku betul. Memang patut kata mufti badan sprm perlu dibubarkan semuanya. Buat penubuhan baru dari kalangan berintegriti sahaja. Jangan bercampur seperti yang ada sekarang ini.

Comments are closed.