Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP didakwa amat gerun jika berlaku Pilihan Raya (PRN) Johor dalam masa terdekat.

Ini kerana, parti itu bimbang kalah teruk kali ketiga berturut-turut selepas PRN Melaka dan Sarawak, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

”Mereka juga bimbang ia (PRN) beri peluang kebangkitan MCA seperti mana di Melaka dan PRK Tanjong Piai.

”MCA boleh rampas balik beberapa kerusi daripada 14 milik DAP sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Oleh itu, dakwa Mohd Puad, sudah tentu Lim Kit Siang individu yang paling gerun kerana kalau kalah lagi di PRN Johor,

Jika DAP kalah lagi, itu bermakna dia semakin tidak relevan dan politiknya “outdated” (ketinggalan zaman).

Lagipun PRN Johor akan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini paling DAP tidak suka kerana parti itu masih bernafas dalam lumpur.

Badi kalah di Melaka dan Saarawak amat menghantui DAP, kata Mohd Puad. – MalaysiaGazette