Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor berkenan membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau yang mendapat kebenaran solat Jumaat dengan jarak 1.0 meter.

Kebenaran itu berkuat kuasa 21 Januari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, ketetapan itu memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah  di seluruh negeri sehingga 35 peratus tertakluk kepada keluasan fizikal sesebuah masjid dan surau.

Sebanyak 427 buah masjid dan 316 surat mendapat kebenaran Solat Jumaat dengan ketetapan baru ini.

Kebenaran itu bagaimanapun masih menetapkan bagi pihak pentadbir masjid dan surau untuk menguatkuasakan prosedur operasi standard yang ditetapkan kepada jemaah.

JAIS berharap ketetapan baru berkenaan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam khususnya golongan muda untuk mendapat tempat bagi menunaikan solat Jumaat. – MalaysiaGazette