Foto Instagram Mawar.

KUALA LUMPUR – Tindakan usahawan Mawar Karim memuat naik dua hantaran di InstaStory semalam berkaitan dengan anak perempuannya, Wan Maryam telah mengundang persoalan pengikutnya

Menerusi perkongsian tersebut, usahawan berusia 33 tahun itu seolah-olah menyifatkan percutian anaknya bersama keluarga bekas suaminya, pelakon Fizo Omar di Legoland Malaysia, Johor tidak seindah seperti disangka.

Berdasarkan sekeping foto dikongsi, kelihatan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya yang berusia empat tahun itu berdiri di salah satu sudut secara berseorangan.

“MasyaAllah Maryam. No words, no thoughts, no fears. No daughter and mother ever live apart, no matter what the distance between them,” tulis Mawar yang turut meletakkan tanda pagar #IndahKhabarDariRupa.

Malah, Mawar juga ada menulis ‘Social Media VS Reality/Real Life’ seolah-olah membandingkan kehidupan yang ditunjukkan di dalam media sosial dan realiti adalah berbeza.

Selain itu, kakak kepada Fizo iaitu Wan Diana turut berkongsi sekeping foto Maryam bersama dua kanak-kanak lain dipercayai ahli keluarga mereka berserta kapsyen berkaitan ‘ditinggalkan’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast