Fahmi Fadzil

 

KUALA LUMPUR – ”Tapi, bukan ke hari tu Azam Baki kata adik dia yang guna akaun tu? Apa sudah jadi ni?,” soal Ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil.

Itu reaksi beliau selepas Suruhanjaya Sekuriti memaklumkan Tan Sri Azam Baki adalah penama akaun saham dan beliau mempunyai kuasa ke atas akaun saham tersebut

Selain itu, pengawal selia kewangan tersebut menambah, Azam juga telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan telah menyampaikan arahan untuk jual, beli serta pemindahan saham daripada akaun tersebut

Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, katanya dalam kenyataan ringkas.

Pada sidang media 5 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, adiknya bernama Nasir menggunakan akaun sahamnya untuk membuat urus niaga melalui pasaran terbuka.

Beliau menegaskan saham-saham itu dibeli menggunakan pembiayaan dan saham-saham syarikat yang dibeli oleh Nasir dan tiada kaitan dengan siasatan SPRM. – MalaysiaGazette

 

Azam Baki kawal penuh akaun dagangan miliknya – SC