Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu, termasuk sembilan warga China, kerana disyaki terlibat kes penipuan dalam talian sekitar ibu kota dalam dua serbuan pada Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata, pada serbuan pertama di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, pihaknya menahan tujuh individu, termasuk seorang wanita, yang berumur dalam lingkungan  22 hingga 35 tahun.

Pasukan polis telah, merampas pelbagai peralatan termasuk sebuah laptop dan 17 unit telefon bimbit yang digunakan dalam menjalankan kegiatan tersebut.

“Turut dirampas pelbagai peralatan termasuk sebuah laptop dan 17 unit telefon bimbit yang digunakan dalam menjalankan kegiatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pada hari yang sama, pihaknya turut mengadakan serbuan dan tangkapan di satu unit lagi premis di kawasan yang sama dan seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga China berumur antara 22 hingga 35 tahun ditangkap bersama-sama rampasan telefon bimbit dan sesalinan dokumen tertulis skrip yang digunakan untuk panggilan telefon.

Menurut Mohd Mahidisham, kes yang disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan mendapati semua suspek merupakan pekerja sindiket dan kedua-dua kumpulan itu telah beroperasi sejak pertengahan tahun 2020.

Katanya, suspek telah ditahan reman daripada 17 sehingga 21 Januari 2022 untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette