RMT Supplementary Food Programme white rice with gravy Dr. Radzi Md. Jidin school bully case
Dr. Radzi Md. Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius Rancangan Makanan Tambahan (RMT) didakwa menghidangkan nasi putih dan kuah sahaja kepada seorang pelajar di sebuah sekolah semalam.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara itu bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.

“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat. KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya hari ini.

Semalam, seorang pengguna Facebook memuatnaik gambar menunjukkan pelajar penerima RMT didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

“Cucu saudara bawa balik dekat mak dia makanan RMT. Sedih betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?” soal wanita itu.

Menurut hantaran wanita itu, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita dakwa RMT semata-mata nasi putih bersama kuah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast