Sahruddin Jamal

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Johor akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama ketua-ketua bahagian, Pas dan Parti Gerakan negeri susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri itu.

Mesyuarat ini bakal membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat, kata setiausahanya, Johor, Datuk Sahruddin Jamal.

Sebagai sebuah parti berdaftar, PPBM Negeri Johor sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dan amalan demokrasi serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Tambahnya, PPBM Negeri Johor sentiasa meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan sekali gus akan terus memberikan khidmat demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat Johor. – MalaysiaGazette