Penduduk Taman Sri Muda menjamu selera di sekitar kediamannya yang telah dinaiki air selepas kawasan itu mengalami hujan ektrem. Foto MOHD ADZLAN, 21 DISEMBER 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan mengumumkan kaedah bagi mengatasi masalah banjir pada Mac ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan mengumumkan mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Negeri Selangor bulan depan selepas menilai segala cadangan.

“Ini adalah pelan jangka panjang kita untuk menyediakan sistem saliran yang lebih berkemampuan dalam menampung air dan hujan yang tinggi.

“Ia akan dibentangkan pada akhir bulan dua dalam retreat kita nanti dan insyallah sebahagiannya saya akan umumkan pada Mac ini dalam sidang DNS,” katanya seperti dilaporkan.

Menurut Amirudin, selain itu, kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan bantuan kepada golongan petani dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir pada Disember lalu.

Katanya, bantuan itu akan diberikan selepas Bantuan Selangor Bangkit berjumlah RM1,000 dan bantuan persekolahan selesai diberikan. – MalaysiaGazette